Powered By Blogger

Rabu, 9 Januari 2013

Buat tatapan Generasi Y"



Ramai telah tahu negara kita Malaysia mencapai Kemerdekaan secara rundingan dgn pihak penjajah.Hasil rundingan pemimpin terdahulu telah membawa Malaysia ke mata dunia dan disegani antarabangsa.
Walaupun kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia baru memasuki 55 tahun dan masih baru berbanding dengan negara yang mencapai kemerdekaan sejak 400 tahun, tetapi negara melalui proses yang panjang untuk membina sebuah negara seperti yang dikagumi dunia hari ini.
Anak muda, pemuda dan belia seharusnya bersyukur kerana lahir di dalam keadaan negara yang aman damai dan sentosa. Jangan cuba beralih arah kerana peristiwa dunia hari ini turut membuktikan bahawa perubahan berdasarkan pengamatan akal pendek memungkin negara huru hara dalam tempoh masa yang pendek.
Janganlah mencuba sesuatu yang tidak pasti tanpa memikirkan risiko dimasa hadapan.Belajarlah dari sejarah.Sebagai contohnya Melaka suatu masa dulu adalah negeri yang pertama beraja dan bersultan tapi kini kesemuanya hanya tinggal pada nama gara-gara sikap irihati sesama bangsa sendiri.Lihat juga Singapura asalnya adalah negara Melayu tapi kini Melayu disisihkan secara perlahan sebagaimana yang dibuat di Pulau Pinang sekarang ini.Oleh itu...Generasi muda adalah pewaris tanah air.jagalah negara yang diamanahkan ini.

 SENTIASALAH BERSYUKUR DGN APA YANG KITA MILIKI HARI INI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan