Powered By Blogger

Jumaat, 30 Disember 2011

Kebersihan adalah sesuatu yang dianugerahkan kepada manusia.Oleh itu jagailah kebersihan dan mulakanlah dari diri sendiri sebelum menilaikan kepada orang lain.Tiada guna luaran nampak bersih tapi didalamnya penuh debu dan kotoran.

Ahad, 18 Disember 2011

Kehidupan ini ibarat Peperiksaan (Ujian).Tiada insan yang inginkan kegagalan dalam keputusan Peperiksaan yang dilalui.Semua mengimpikan yang terbaik dan keputusan yang cemerlang.Oleh itu cuba renungkan....

PEMBUAT SOALAN: Allah swt
MENJAWAB SOALAN: Manusia
KELAYAKAN: Akhil baliqh dan berakal
BENTUK SOALAN: Wajib atau Pilihan
BENTUK JAWAPAN: Betul atau Salah
PANDUAN MENJAWAB/RUJUKAN: Agama yang benar
TEMPAT PEPERIKSAAN: Dunia
MASA PEPERIKSAAN: Semasa hidup
KEPUTUSAN: Lulus / Gagal
SELEPAS MENERIMA KEPUTUSAN: Syurga atau Neraka


Oleh itu sebagai pedoman buat diri aku dan sesiapa diluar sana....Ingat segala apa yang dilakukan didunia ini mempunyai satu matlamat iaitu Keberkathan dan Keredhaan Ilahi kearah matlamat Syurga yang terbaik....


Sabtu, 10 Disember 2011

Jika kita berasa susah pada hari ini maka bersyukurlah kerana Allah swt memberi kita hidayah dalam kehidupan.Insyaallah suatu hari nanti kebahagiaan dan kesenangan pasti milik kita.Oleh itu jangan mengeluh jika susah dan jangan berbangga jika senang kerana kehidupan diduni sentiasa bergerak atas dan kebawah. Apa yang penting kita selalu berdoa dan bertawakal.Hidup kerana Allah swt dan mati jua kerana Allah swt.Apa yang kita miliki adalah pinjaman dan ketahuilah hanya hak milik kekal kita ialah pahala dan dosa.Amal ibadat dan amalan ialah bekalan kita dalam perjalanan menuju ke alam akhirat.

Rabu, 30 November 2011

AKU
Aku adalah Aku...
Aku bukanlah engkau...
Aku tetap Aku...
Aku memang Aku...

Siapalah Aku...
Bukan hak engkau...
Tiada peduli akan aku...
Engkau aku tak peduli...

Aku hanyalah hamba...
Hamba Aku hamba jugalah engkau...
Engkau bukan hak Aku...
Aku jua bukan hak engkau...

Aku milik empunya cipta...
Aku lemah lagi kerdil...
Aku hamba kepada pencipta alam...
Maha kuasa Maha Agung.

Selasa, 29 November 2011

Muharram kembali lagi
1432 meninggalkan kita dgn seribu kisah
Baik buruk biarkan berlalu
Sempadan tauladan dijadikan pedoman hari mendatang
Mencorak hari penuh liku dengan ketaqwaan

Koc tumpangan menuju ke 1433
Mengusir debu kisah 1432
Dosa pahala bertaburan dilandasan lalu
Ditiup angin biarkan berlalu
Tentunya apa yang pergi akan berlalu
meninggal kenangan keinsafan dan angin perubahan

Hati rancak maencari maksud baru 1433
Hijrah lalu kita Hijrah baharu
Sesudah mandi sunat Muharram
Puasa jadikan amalan
Perenung kehidupan sehari bersamaan 30 tahun
Sedekah diperhebat keikhlasan dipercepatkan

Surah Al-Ikhlas seribu kali
Jadinya mesti kecermerlangan dan kegemilangan dalam jati diri
Selamat Tahun Baharu Hijrah 1433.....
Ku panjatkan doa kesyukuran diatas peluang dan kesempatan
Menapak kehidupan penuh keazaman.....Insyaallah.

Selasa, 15 November 2011

Jika kita menganiaya sesama manusia maka kita tergolong dalam insan yang tidak menghargai kehidupan.Jika kita tidak mengasihani binatang maka kita tergolong dalam binatang yang tidak berakal.Sekiranya kita terinaya maka berdoalah agar hikmah untuk kebaikan akan kita temui nanti.Kita dihidupkan sebagai khalifah dimuka bumi dan wajib memegang amanah yang dibekalkan iaitu Roh,Nyawa dan Jasad......

Selasa, 25 Oktober 2011

Bulan,Mentari & Gerhana

KALAU MENTARI MENANTI BULAN..BULAN JUGA MENANTI MENTARI..TETAPI JIKA TIDAK DIZINKAN TETAP TIDAK AKAN BERTEMU...TETAPI SEKIRANYA DITEMUKAN JUGA MAKA GERHANA AKAN BERLAKU.....

Jumaat, 30 September 2011

Sekadar mencari inspirasi dalam kehidupan sebenar

Ombak hampir kepantai tapi tidak kekal disitu dan  kembali kelautan yang tentunya tiada penempatan untuk ombak bermastautin.Kehidupan ombak menghiburkan dunia dan adakalanya memusnahkan alam.Walau seribu buih dan sekuat mana ketahanan dibina namun ombak tetap membinasa jika tiba waktunya.Tanpa ombak tidak lengkap lumrah alam laut dan pantai...