Powered By Blogger

Isnin, 24 September 2012



Halal Haram Haram halal
Hanya pemilihan frosa kata
Penyedap rasa sedap didengar
Tenteram tidurnya malam tidak disangka ada kejahatan
Amal diperdaya dengan niat mungkar berbaur makruf
Halal haram berbelit kata
Bertukar maksud mengikut semasa
Nama rasuah disebut haram
Halal pula jika nama peruntukan
Saguhati diberi pula
Sebagai hadiah sesuatu kerja
Haram dihukum halal ditimbang rasa
Pokok pangkal ilmu didada
Niat tujuan ikhlas dikata
Ohhh..terima kasih diatas segala.
Jasa diberi tidak dilupa

Usia meninggalkan masa


Detik kian menghampiri senja
Meninggalkan dewasa hari yang ku lewati
Merungkai pengalaman mengintai kenangan
Antara mereka bakal ku lupakan
Segenap jasa budi dan pengorbanan
kerana lesu ingatan bercelaru
Minda lemah dimamah usia

Lumrah alam mengamit usia
Muda tua berakhir jua
Generasi baru penganti kembara
Menjejak arus dunia nan gelora
Dikerah selagi kudrat mengiringi semangat
Keringat mengalir dikala penat

Teman rakan sahabat dan taulan
Menginjak berlalu menjauhkan diri
Dikala sibuk urusan duniawi
Hingga terleka bekalan Akhirat dikemudian nanti
Halal kupinta restui ku harapkan
Termakan terminum tiada yg berkira

Biarlah berlalu biarkan pergi
Tiada kemana akhirnya ke alam mati
Dihitung di azab dipertimbangkan
Hasil selama usia didunia
Mencari harta dan pahala
Maafkan aku ..maafkanlah aku 
Selama kita saling bertemu..




p/s:
Khas buat teman2 yang kukenali dan memahami isi hatiku.
ALoNG TT

Jumaat, 22 Jun 2012

Khas buat mu.....X' Kekasihku

Apa yang aku lakukan selama ini adalah untuk mu...bukan aku mengungkit bukan aku mengata...tapi apa yang engkau balas kepada ku bagai cuka dicurah kepada luka yang berdarah.Darah terhenti tapi pedih memanjang.Nikmat dalam kepedihan luka dalam keparutan.Apakan daya ku melawan arus menolak takdir.Kita ditemukan cuma seketika tapi tidak selamanya.Aku pasrah dalam keredhaan......Aku mendoakan agar engkau bahagia dgn kehidupan dan ingati aku disaat kepayahan mu dan lupakan ku disaat kegembiraanmu.....aku....eemmmmmbiarkan aku menyendiri melalui hari-hari yang mendatang...sesungguhnya ke Akhirat matlamatku dan kupunggut pahala yang engkau cicirkan buat ku.........

Khamis, 10 Mei 2012

Apa sudah jadi dengan keamanan dan keBERSIHan

Kebersihan adalah satu kepentingan dalam kehidupan kita.Setiap ada nadi disitu ada nyawa begitulah dengan kebersihan dan amalan sentiasa memerlukan satu sama lain.Tanpa kebersihan tiada makna kehidupan...tapi kini kebersihan telah dicemari dengan BERSIH yang pengotor lagi menjijikan....Apa guna bersatu jika bermusuh dan apa guna persefahaman jika bertelagah...

Ahad, 1 April 2012

RENUNGAN BERSAMA...dan fikirkanlah...

Sekadar berkongsi dengan rakan muslim.
Jangan gunakan singkatan Assalamualaikum kepada Akum sebaliknya gunakanlah AS SALAM. Ini kerana perkataan Akum adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud "Binatang".

Jadi, mulai sekarang gunakan AS SALAM sekiranya ingin gunakan shortform  kerana ianya bermaksud sama dengan ASSALAMUALAIKUM.

Jangan gunakan "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "di bawah naungan pope".


Jangan beriya sangat membuat Apri Full kerana penipuan yang membawa kepada jenaka adalah dilarang kerana apa saja dusta adalah kemurkaan Allah swt.


Tak perlu menyambut Valentine Day sempena mengingati kekasih krn ianya berupa cara halus yahudi menyesatkan Islam.

Jumaat, 30 Mac 2012

Malam nan Syahdu..

Malam yang sunyi dan penuh kedinginan dikala keheningan jumaat di esok hari aku yg hanya berteman muka buku melayari bait-bait bicara membelah alam maya didunia siber.Rakan yg kukenal hanya rupa tanpa wajah nama tanpa lengkap menghujani kata-kata perangsang dan luahan menceritakan apa jua perkara yg telah lalui disepanjang liku kehidupan.dugaan mengganggu gelora memuncak dan akal mengelidah kotak fikiran di kala mlm yg syahdu lagi hening hanya jauhhari mengenal manikam dan kabut menanti kabus.Mata terbuka minda bercelaru hati berprasangka mainan syaitan menyesatkan manusia golongan Adam a.s.Moga kehidupan teman2 aku dimana jua berada dibumi yg dipinjamkan ini diberi kebebasan dari hasutan syaitan dan kehidupan harian penuh dgn keberkatan.Pesananku Ingatlah siapa diri kita...

Selasa, 13 Mac 2012

Duit dan wang...nilai dan harga....

Kesempitan hidup adalah permasalahan berkaitan kewangan atau perbelanjaan harian.Jika dahulu wang sukar dicari tapi nilainya amat tinggi sekalipun cuma 5sen amat besar ertinya.
Kini sebesar mana pun wang diperolehi amat mudah tapi nilainya amat kecil dan mudah dikategorikan "Duit tidak cukup"Maka itu timbulah ungkapan..Selagi hidup duit tidak akan mencukupi...
Oleh itu kita harus sedar pembaziran dan ketidaksedaran berbelanja akan mengundang kepada kesempitan dan kekangan kewangan yang amat ketara.Oleh itu cuba renungkan kita hidup kerana duit atau duit hidup kerana kita dan duit bekerja untuk kita atau kita bekerja untuk duit......................