Powered By Blogger

Jumaat, 30 Disember 2011

Kebersihan adalah sesuatu yang dianugerahkan kepada manusia.Oleh itu jagailah kebersihan dan mulakanlah dari diri sendiri sebelum menilaikan kepada orang lain.Tiada guna luaran nampak bersih tapi didalamnya penuh debu dan kotoran.

Ahad, 18 Disember 2011

Kehidupan ini ibarat Peperiksaan (Ujian).Tiada insan yang inginkan kegagalan dalam keputusan Peperiksaan yang dilalui.Semua mengimpikan yang terbaik dan keputusan yang cemerlang.Oleh itu cuba renungkan....

PEMBUAT SOALAN: Allah swt
MENJAWAB SOALAN: Manusia
KELAYAKAN: Akhil baliqh dan berakal
BENTUK SOALAN: Wajib atau Pilihan
BENTUK JAWAPAN: Betul atau Salah
PANDUAN MENJAWAB/RUJUKAN: Agama yang benar
TEMPAT PEPERIKSAAN: Dunia
MASA PEPERIKSAAN: Semasa hidup
KEPUTUSAN: Lulus / Gagal
SELEPAS MENERIMA KEPUTUSAN: Syurga atau Neraka


Oleh itu sebagai pedoman buat diri aku dan sesiapa diluar sana....Ingat segala apa yang dilakukan didunia ini mempunyai satu matlamat iaitu Keberkathan dan Keredhaan Ilahi kearah matlamat Syurga yang terbaik....


Sabtu, 10 Disember 2011

Jika kita berasa susah pada hari ini maka bersyukurlah kerana Allah swt memberi kita hidayah dalam kehidupan.Insyaallah suatu hari nanti kebahagiaan dan kesenangan pasti milik kita.Oleh itu jangan mengeluh jika susah dan jangan berbangga jika senang kerana kehidupan diduni sentiasa bergerak atas dan kebawah. Apa yang penting kita selalu berdoa dan bertawakal.Hidup kerana Allah swt dan mati jua kerana Allah swt.Apa yang kita miliki adalah pinjaman dan ketahuilah hanya hak milik kekal kita ialah pahala dan dosa.Amal ibadat dan amalan ialah bekalan kita dalam perjalanan menuju ke alam akhirat.