Powered By Blogger

Jumaat, 31 Mei 2013

Avanza terbaik di pasaran

Pembandingan MPV bagi Alza,Axora,Livina dan Avanza


Pengguna Malaysia telah banyak mula memilih kereta jenis MPV sebagai kereta utama dan kedua, sebagai pilihan. Disini sebagai memenuhi pemintaan, saya membuat pembandingan bagi  jenis MPV sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin memiliki MPV.





Rabu, 24 April 2013

Politiking era baharu 2013

PRU 13 bakal mencoret satu lagi sejarah politik tanah air.Ibu segala Pilihan Raya sesudah tsunami menukar gelombang arus tanah air pada PRU 12.Kali ini sekali lagi transformasi bakal dilakukan dan akan mengubah sejarah politik tanah air.Apa yg dikesalkan ialah gara2 politik sempit dan berkepentingan maka sesama saudara sesama agama saling bersengketa dan fitnah menfitnah sesama bangsa.Aku tidak mahu mengulas dgn lebih lanjut berkenaan gelombang PRU 13 kali ini tapi aku ingin kongsikan foto dibawah dan olahkanlah dgn pemikiran individu yang waras lagi logik diterima akal.Maka itu aku berharap agar kita makin matang dan rasional dalam bercerita tentang politik semasa.

 

 

Siapa jua kita..setinggi mana jua kita...sehebat mana jua kita dan seramai mana pun penyokong kita....Maka di penghujung usia nanti kita tetap dibawah dan berseorangan....hanya amalan yg kita bawa sebagai bekalan ke Akhirat..............Renung-renungkanlah wahai saudara seagama rakan senegara....

Rabu, 9 Januari 2013

Buat tatapan Generasi Y"



Ramai telah tahu negara kita Malaysia mencapai Kemerdekaan secara rundingan dgn pihak penjajah.Hasil rundingan pemimpin terdahulu telah membawa Malaysia ke mata dunia dan disegani antarabangsa.
Walaupun kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia baru memasuki 55 tahun dan masih baru berbanding dengan negara yang mencapai kemerdekaan sejak 400 tahun, tetapi negara melalui proses yang panjang untuk membina sebuah negara seperti yang dikagumi dunia hari ini.
Anak muda, pemuda dan belia seharusnya bersyukur kerana lahir di dalam keadaan negara yang aman damai dan sentosa. Jangan cuba beralih arah kerana peristiwa dunia hari ini turut membuktikan bahawa perubahan berdasarkan pengamatan akal pendek memungkin negara huru hara dalam tempoh masa yang pendek.
Janganlah mencuba sesuatu yang tidak pasti tanpa memikirkan risiko dimasa hadapan.Belajarlah dari sejarah.Sebagai contohnya Melaka suatu masa dulu adalah negeri yang pertama beraja dan bersultan tapi kini kesemuanya hanya tinggal pada nama gara-gara sikap irihati sesama bangsa sendiri.Lihat juga Singapura asalnya adalah negara Melayu tapi kini Melayu disisihkan secara perlahan sebagaimana yang dibuat di Pulau Pinang sekarang ini.Oleh itu...Generasi muda adalah pewaris tanah air.jagalah negara yang diamanahkan ini.

 SENTIASALAH BERSYUKUR DGN APA YANG KITA MILIKI HARI INI.....

Isnin, 24 September 2012



Halal Haram Haram halal
Hanya pemilihan frosa kata
Penyedap rasa sedap didengar
Tenteram tidurnya malam tidak disangka ada kejahatan
Amal diperdaya dengan niat mungkar berbaur makruf
Halal haram berbelit kata
Bertukar maksud mengikut semasa
Nama rasuah disebut haram
Halal pula jika nama peruntukan
Saguhati diberi pula
Sebagai hadiah sesuatu kerja
Haram dihukum halal ditimbang rasa
Pokok pangkal ilmu didada
Niat tujuan ikhlas dikata
Ohhh..terima kasih diatas segala.
Jasa diberi tidak dilupa

Usia meninggalkan masa


Detik kian menghampiri senja
Meninggalkan dewasa hari yang ku lewati
Merungkai pengalaman mengintai kenangan
Antara mereka bakal ku lupakan
Segenap jasa budi dan pengorbanan
kerana lesu ingatan bercelaru
Minda lemah dimamah usia

Lumrah alam mengamit usia
Muda tua berakhir jua
Generasi baru penganti kembara
Menjejak arus dunia nan gelora
Dikerah selagi kudrat mengiringi semangat
Keringat mengalir dikala penat

Teman rakan sahabat dan taulan
Menginjak berlalu menjauhkan diri
Dikala sibuk urusan duniawi
Hingga terleka bekalan Akhirat dikemudian nanti
Halal kupinta restui ku harapkan
Termakan terminum tiada yg berkira

Biarlah berlalu biarkan pergi
Tiada kemana akhirnya ke alam mati
Dihitung di azab dipertimbangkan
Hasil selama usia didunia
Mencari harta dan pahala
Maafkan aku ..maafkanlah aku 
Selama kita saling bertemu..




p/s:
Khas buat teman2 yang kukenali dan memahami isi hatiku.
ALoNG TT