Powered By Blogger

Isnin, 24 September 2012



Halal Haram Haram halal
Hanya pemilihan frosa kata
Penyedap rasa sedap didengar
Tenteram tidurnya malam tidak disangka ada kejahatan
Amal diperdaya dengan niat mungkar berbaur makruf
Halal haram berbelit kata
Bertukar maksud mengikut semasa
Nama rasuah disebut haram
Halal pula jika nama peruntukan
Saguhati diberi pula
Sebagai hadiah sesuatu kerja
Haram dihukum halal ditimbang rasa
Pokok pangkal ilmu didada
Niat tujuan ikhlas dikata
Ohhh..terima kasih diatas segala.
Jasa diberi tidak dilupa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan