Powered By Blogger

Khamis, 26 Januari 2012

Halal n' Haram



Halal Haram Haram halal
Hanya pemilihan frosa kata
Penyedap rasa sedap didengar
Tenteram tidurnya malam tidak disangka ada kejahatan
Amal diperdaya dengan niat mungkar berbaur makruf
Halal haram berbelit kata
Bertukar maksud mengikut semasa
Nama rasuah disebut haram
Halal pula jika nama peruntukan
Saguhati diberi pula
Sebagai hadiah sesuatu kerja
Haram dihukum halal ditimbang rasa
Pokok pangkal ilmu didada
Niat tujuan ikhlas dikata
Ohhh..terima kasih diatas segala.
Jasa diberi tidak dilupa

Rabu, 4 Januari 2012

Dahulu kita hanya mengambil tahu tapi kini kita ambil rasa

Apa yang dilalui oleh ibubapa kita dahulu maka kini tibalah giliran kita untuk mengalaminya sendiri.Semestinya dunia berputar dan beredar kemudian silih berganti hari ini..esok..lusa..tulat dan berikutnya.....
daripada kita sebagai bayi,anak,cucu,murid,ayah,menantu dan ipar..semuanya akan kita rasa dengan pelbagai ragam dan karenah...oleh itu jangan cuma ambil tahu tetapi sewajarnya ambilah rasa...jika kita dapat merasakan baru kita tahu erti kehidupan yang sebenar.......selamat datang tahun 2012 kerana yang datang tentunya pasti tapi belum pastinya yang mendatang......