Powered By Blogger

Rabu, 24 April 2013

Politiking era baharu 2013

PRU 13 bakal mencoret satu lagi sejarah politik tanah air.Ibu segala Pilihan Raya sesudah tsunami menukar gelombang arus tanah air pada PRU 12.Kali ini sekali lagi transformasi bakal dilakukan dan akan mengubah sejarah politik tanah air.Apa yg dikesalkan ialah gara2 politik sempit dan berkepentingan maka sesama saudara sesama agama saling bersengketa dan fitnah menfitnah sesama bangsa.Aku tidak mahu mengulas dgn lebih lanjut berkenaan gelombang PRU 13 kali ini tapi aku ingin kongsikan foto dibawah dan olahkanlah dgn pemikiran individu yang waras lagi logik diterima akal.Maka itu aku berharap agar kita makin matang dan rasional dalam bercerita tentang politik semasa.

 

 

Siapa jua kita..setinggi mana jua kita...sehebat mana jua kita dan seramai mana pun penyokong kita....Maka di penghujung usia nanti kita tetap dibawah dan berseorangan....hanya amalan yg kita bawa sebagai bekalan ke Akhirat..............Renung-renungkanlah wahai saudara seagama rakan senegara....